Monday, May 27, 2013

Video

   
Video merupakan rangkaian frame atau gambar yang bergerak secara cepat. video juga dikenali sebagai teknologi memproses isyarat elektronik bagi menghasilkan gambar bergerak. Setiap pergerakkan gambar perlu memproses sebanyak 24 frame bagi satu saat.



contoh video




Fungsi Video
  1. Menyampaikan maklumat kepada penonton
  2. Untuk memberi hiburan
  3. Sebagai pengajaran dan ikhtibar
  4. Video juga sebagai komunikasi antara sesama manusia
  5. Dengan video juga turut boleh menghasilkan filem
  6. Sebagai salah satu seni
Sumber Video
Penghasilan sesebuah video memerlukan alat bantuan atau sokongan bagi membolehkan sesuatu video dihasilkan dengan menarik. kamera digunakan untuk merakam video penghasilan video juga turut memerlukan suntingan untuk menghasilkan video yang menarik dan bermutu. Proses ini melibatkan suntingan untuk menambah muzik, teks, audio, dan sebagainya.

                                 
Format Fail Video
Terdapat beberapa format video antaranya:

  • 3GP
  • AVI
  • RMVB
  • MPEG
  • MOV
  • OGG
Reka Letak Video
Dalam pembangunan sesebuah video elemen yang penting adalah video dan audio serta teks dan grafik. Perkara ini yang mempengaruhi kekuatan sesebuah video. Selain itu, jalan cerita yang menarik menambahkan lagi kekuatan video tersebut. Penghasilan sesebuah video yang bermutu perlu bermula daripada storyboard, skrip dan proses suntingan yang teliti.







Aktiviti pelajar
Dalam kumpulan seramai 5 orang setiap kumpulan, hasilkan video montaj yang mengandungi fungsi dan sumber video mengikut kreativiti kumpulan masing - masing dengan menggunakan perisian windows movie maker. (Skrip dan papan cerita perlu dihasilkan sebelum memulakan membuat video)

No comments:

Post a Comment