Monday, May 27, 2013

Grafik


Imej dan grafik di gunakan untuk menyampaikan mesej berkesan dalam proses komunikasi di antara projek multimedia dan pengguna. Satu imej mampu memberikan seribu penjelasan terhadap suasana tertentu. Penggunaan grafik dan imej yang terdiri dari berbagai jenis seperti imej digital (still image) dan animasi 2D dan 3D dapat menyampaikan mesej, motif pada mood yang sesuai.

Fungsi utama
Fungsi utama mengapa grafik di perlukan di dalam projek multimedia iaitu:
  •  Grafik di perlukan untuk mencipta latarbelakang yang menarik
  •  Grafik dapat memberikan kesan ceria dan humor.
                    
  •  Penggunaan grafik pada button menjadikan perhatian pada button lebih fokus.

Jenis-jenis Grafik
Grafik komputer terdiri dari dua kategori iaitu grafik vektor dan grafik bitmap. Dalam membina grafik untuk projek multimedia, kita mungkin akan menggunakan salah satu atau kedua-duanya.



i. Grafik Vektor
Grafik vektor terdiri dari garis-garis yang di bina. Ini termasuk line, rectangle, ellipse, arcs dan curves. Imej yang dibina akan di simpan sebagai set arahan di dalam komputer. Sebarang perubahan akan menyebabkan pengiraan semula terhadap set arahan tadi yang akan menukar imej kepada bentuk lain. Perisian-perisian yang boleh digunakan untuk membina imej grafik vektor adalah seperti Adobe Illustrator dan Macromedia Freehand.

ii. Grafik Bitmap

Grafik bitmap terdiri dari pixels yang datang dari pengimbas, gambar foto atau imej yang di tangkap dari video camcoder. Setiap pixels boleh diumpukkan beberapa sifat seperti lokasi, warna dan kecerahan. Antara perisian yang boleh di gunakan seperti Adobe Photoshop dan Fractal Design Painter.

Jenis-jenis Format Fail
Terdapat beberapa format fail grafik yang biasa di gunakan. Antaranya adalah seperti,

  •  *.bmp

Merupakan fail grafik bitmap Windows.

  •  *.pcd

Merupakan format bagi Photo CD. Satu teknologi dari Kodak’s. Imejnya adalah 24
bit color (16 million colors). Kualiti gambar adalah baik.

  • *.gif

Graphic Interchange Format. Merupakan format dari CompuServe Information
Service yang di gunakan untuk membina imej bitmap mampatan (compressed).

  • *.jpg

Joint Photographic Experts Group (JPEG). Merupakan format untuk memampatkan
imej bitmap supaya menjadi imej yang bersaiz kecil.

  • *.tif

Tagged Image File Format (TIFF) merupakan imej fail yang besar tetapi dapat
menyimpan banyak informasi warna dengan lebih baik.


  • *.pct

Merupakan format fail picture sistem komputer Macintosh yang boleh di baca oleh
Windows. Perisian Macromedia Director boleh menggunakan format ini. Format ini
juga dikatakan sebagai boleh cross platform.

  • *.pcx

Merupakan format perisian Windows Paintbrush.

Warna dan Grayscale
Warna merupakan elemen yang penting dalam multimedia. Pemilihan warna dalam projek multimedia boleh di cuba berulang kali sehingga kita berpuas hati. Manusia umumnya menerima warna dengan jarak gelombang 400 hingga 600 nanometer pada spektrum elektromagnet.

Bit Depth (Kedalaman Maklumat Warna)
Projek multimedia selalunya di persembahkan pada monitor warna yang menggunakan 8 bit maklumat warna bagi setiap pixel dalam matrik 640 pixel x 480 pixel. Dengan kedalaman warna sebanyak 8 bit (8 bits of depth) yang boleh mempunyai 256 warna atau kurang tidak mencukupi untuk menjadikan satu imej berkualiti foto. Imej dengan warna grayscale mempunyai kedalaman maklumat 4 bit selalunya. Dengan penggunaan lebih warna, komputer kita semakin bekerja keras untuk mempamerkan imej di atas skrin. Dengan menetapkan 800 x 600 pixel atau 1024 x 768 pixel yang menampung jutaan warna bagi setiap imej, kita perlu berhatihati kerana penggunaan pixel yang tinggi akan menyebabkan banyak peralatan yang
lama tidak dapat melihat hasil multimedia kita dengan baik.

RGB
Pada model warna RGB (Red, Green dan Blue), warna pada pixel diwakilkan dengan jumlah warna merah, hijau dan biru. Ia akan menyebabkan lebih banyak ingatan komputer di gunakan dan masa pemprosesan semakin lama. Jika kita menggunakan 24 bit RGB, dengan tentukan setiap nilai warna pada nilai 256 (8 bit diperlukan untuk jadikan 256 warna). Oleh itu 24 bit di ingatan dapat memaparkan warna sebenar iaitu 256 x 256 x 256 = 16,777,216 warna.

HSB & HSL
Dalam model warna HSB (Hue, Saturation dan Brightness) dan HSL (Hue, Saturation dan Lightness), kita menetapkan warna sebagai sudut dari pilihan warna dari 0o hingga 360o dan Saturation, Brightness dan Lightness sebagai peratusan. Lightness dan Brightness adalah peratusan dari hitam atau putih yang di campurkan dengan warna. Lightness 100% akan menghasilkan warna putih. 0% adalah warna hitam dan 50% akan menunjukkan warna sebenar warna itu. Saturation pula adalah intensity warna. Pada 100% Saturation, warna adalah asli dan pada 0% pula warna adalah putih, hitam atau kelabu

CMYK
Bagi model warna CMYK, ia jarang digunakan pada projek multimedia. Ini kerana kegunaannya adalah untuk tujuan cetakan di mana cyan, magenta, kuning dan hitam di gunakan dalam proses cetakan yang menggunakan warna yang berasingan.

Teknik Memproses Imej

Masking
Apabila kita membuat pilihan pada bahagian tertentu imej (selection), kita sebenarnya membuat juga mask (topeng) – iaitu bahagian imej yang kita tidak pilih. Bahagian mask pada imej tersebut boleh di simpan pada mask channel di dalam perisian grafik seperti Adobe Photoshop yang mana boleh di gunakan kembali jika perlu. Jika kita bekerja di dalam mod RGB, Adobe Photoshop akan menggangap channel 1, 2 dan 3 adalah Red(merah), Green(hijau) dan Blue(biru) dan channel 4 dan seterusnya adalah channel mask.

Filter
Cara terbaik untuk mempelajari filter(penapis) adalah dengan menggunakan dan bermain dengannya. Adobe Photoshop memberi lebih dari 75 filter yang dapat memberi bermacam-macam kesan khas pada imej. Terdapat juga syarikat-syarikat lain yang mencipta filter dan menjualnya. Keluaran syarikat-syarikat ini boleh kita add-on dan gunakan bersama Photoshop. Antara contoh filter yang boleh di gunakan adalah seperti Blur, Artistic Blur, Brush Strokes, distort, noise, pixelate, render, sharpen, stylize, texture dan video. Filter keluaran syarikat lain adalah seperti Digimarc, Extensis, Eye Candy 3.0, KPT6, Ulead Effects dan Ulead Web Plugins.

Resizing
Apabila kita bekerja dengan imej, kerapkali kita akan berhadapan dengan situasi yang memerlukan saiz imej diubah samada dibesarkan ataupun dikecilkan. Adobe Photoshop membenarkan pengguna mengubah saiz imej dan juga saiz Canvas mengikut kehendak pengguna. Untuk menukar saiz imej, pengguna hanya perlu
highlight pada kawasan imej dan menariknya mengikut saiz yang dikehendaki.


Mengetahui Cara-Cara Mendapatkan Imej

Pengimbas
Pengimbas merupakan perkakasan yang penting untuk di gunakan bagi menghasilkan projek multimedia. Terdapat dua jenis pengimbas yang biasa di gunakan iaitu jenis flat-bed dan jenis handheld. Di pasaran terdapat pengimbas grayscale dan warna yang mempunyai resolusi 300 atau 600 dot setiap inci (dpi). Walaubagaimanapun terdapat pengimbas yang mempunyai resolusi yang tinggi dan digunakan oleh syarikatsyarikat yang mempunyai keperluan pada resolusi imej yang lebih tinggi. Pengimbas handheld boleh digunakan untuk mengimbas gambar yang kecil, walaubagaimanapun ia di anggap tidak sesuai untuk di gunakan pada projek multimedia. Apabila mengimbas imej terutama yang berevolusi tinggi, ruang ingatan
yang banyak di perlukan di dalam komputer. Pengimbas dapat menjimatkan masa kerja dalam mencantumkan sesuatu hasil kerja lain ke dalam kerja kita seperti memasukkan lukisan orang lain ke dalam kerja penulisan kita.

Kamera Digital
Kamera digital menggunakan teknologi CCD sama seperti kamera video. Ia akan menangkap gambar atau imej sebanyak pixel tertentu bergantung pada resolusi. Imej yang telah di tangkap akan disimpan di dalam ingatan pada kamera digital dan akan dimasukkan kemudian ke komputer. Kamera digital yang menangkap imej pada resolusi 1280 x 1024 pixel menyimpan maklumat warna sebanyak 1,300,000 pixel (1.3 Megapixel). Lebih tinggi Megapixel, lebih tinggi resolusi kamera digital tersebut. Imej yang di masukkan ke komputer boleh menggunakan kabel siri, kabel selari atau kabel USB, atau menggunakan kad ingatan kamera digital yang di masukkan pada pembaca kad PCMCIA yang telah siap di sambungkan pada komputer.






No comments:

Post a Comment