Monday, May 27, 2013

Pasukan Pembangunan Produk Multimedia

Produk multimedia yang berkualiti adalah hasil usaha dari kerja berpasukan. Mungkin ada yang mengatakan bahawa sesiapapun boleh membina multimedia. Kenyataan ini ada benarnya untuk produk multimedia yang mudah tetapi bagi produk yang bermutu tinggi seperti permainan komputer, kiosks informasi interaktif, latihan korporat, halaman web interaktif dan aplikasi pendidikan selalunya dibangunkan oleh sepasukan pakar yang selalunya boleh terdiri dari:

Pasukan Pembanguna Produk Multimedia dan Perananya


i. Pengurus Produksi

Berperanan:
  • Memastikan skop projek
  • Berbincang dengan pelanggan (keperluan)
  • Mencari sumber kewangan, kemudahan dan peralatan
  • Menguruskan kumpulan produksi

ii. Pakar Kandungan (Contents Specialist)


Berperanan:
  •  Melakukan penyelidikan tentang kandungan program multimedia
  •  Mengadakan isi kandungan multimedia

iii. Penulis Skrip


Berperanan:
  • Memutuskan strategi terbaik dalam mempersembahkan maklumat yang terdapat dalam program

iv. Pengaturcara

Berperanan:
  • Menulis kod program atau skrip menggunakan perisian persembahan yang dipilih
  • Menggabungkan elemen-elemen multimedia ke dalam program multimedia

v. Artis grafik komputer

Berperanan:
  • Mereka elemen-elemen grafik termasuklah: latar belakang / butang / gambar / objek-objek 3d / logo / animasi

vi. Pakar audio dan video

Berperanan:
  • Bertanggungjawab untuk merekod suara /mengedit kesan bunyi
  • Mengedit dan merekod muzik
  • Menangkap , mengedit dan mendigitalkan video

No comments:

Post a Comment