Monday, May 27, 2013

Prinsip Reka Bentuk

Setiap orang memiliki kebolehan untuk menterjemahkan idea dan pengalaman, begitu juga dengan perkara-perkara yang dilihat atau dirasai, ke dalam suatu bentuk yang tersusun. Di dalam semua hasil kerja reka bentuk terdapat elemen-elemen reka bentuk seperti ruang yang diisi atau dibiarkan kosong, pelbagai jenis garisan, bentuk tiga dimensi, warna, nilai dan juga tekstur. Cara bagaimana elemen-elemen ini digunakan atau digabungkan mampu menentukan kualiti hasil kerja.
Sebagai usaha pereka untuk mengekspresikan dirinya dan menghasilkan sesuatu yang bermakna daripada bahan yang digunakan, mereka menyedari bahawa bahawa melalui proses keseimbangan, pergerakan, pengulangan, penekanan dan kontras terhadap elemen-elemen reka bentuk, satu hasil kerja yang menarik dan bermutu mampu dihasilkan. Proses inilah dikenali sebagai PRINSIP REKA BENTUK.

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi. Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk

Definisi Prinsip Reka Bentuk

Prinsip reka bentuk adalah konsep untuk menyusun maklumat visual. Ia
merupakan satu gambaran tentang bagaimana kita mengamati dan memproses



maklumat visual serta merupakan idea bagi menghasilkan imej dua dimensi.
Prinsip reka bentuk akan membantu kita membuat keputusan tentang
bagaimana untuk menggunakan elemen-elemen reka bentuk.
Prinsip reka bentuk membantu menjadikan imej visual menjadi lebih menarik dan menyenangkan bila dilihat.

 Berikut merupakan prinsip-prinsip reka bentuk :

Keseimbangan

Kestabilan memberikan kesan keseimbangan secara psikologiSebagai prinsip reka bentuk,
keseimbangan menempatkan komponenkomponen visual dalam susunan yang
menarik secara estetik. Keseimbangan formal berlaku apabila dua sisi berada dalam keadaan susunan yang simetri Keseimbangan informal terjadi apabila sisisisi tidak simetri secara tepat tetapi masih menghasilkan imej yang seimbang Keseimbangan informal bersifat dinamik berbanding dengan keseimbangan formal dan lazimnya dapat mengekalkan fokus
seseorang terhadap mesej visual tersebut.

 Terdapat 3 jenis keseimbangan yang utama :

Keseimbangan mengufuk
Keseimbangan menegak
Keseimbangan radius

Perspektif
Perspektif dihasilkan apabila objek dalam ruangan dua dimensi disusun agar
kelihatan lebih realistik

Perspektif memberikan makna hubungan antara objek-objek yang dilihat dalam
suatu ruang 

Adakah segi empat yang berwarna gelap berada di hadapan bulatan atau berada di sisi separuh bulatan?

Perspektif mewujudkan sifat realisme kepada imej visual. Saiz satu segi empat kurang bermakna sehingga ada satu objek lain yang mampu memberikan kesan tambahan seperti saiz satu meja atau saiz satu bangunan Persepsi boleh dicapai melalui penggunaan saiz objek yang relatif, Objek yang bertindan, dan objek yang dikaburkan atau dijelaskan

Harmoni
Harmoni bermakna semua komponen imej visual berhubungan dan melengkapi satu sama lain
Harmoni menggabungkan komponenkomponen suatu imej visual Harmoni boleh dicapai melalui pengulangan dan ritma. Pengulangan menekankan unit-unit visual, menyambungkan bahagian dan menghasilkan satu kawasan perhatian. Ritma merupakan pergerakan yang ditunjukkan dalam satu visual. Ritma membantu mengarahkan pergerakan mata.

Corak atau bentuk dapat membantu mencapai harmoni. Dengan mengulangi corak dalam susunan yang menarik, keseluruhan imej visual akan bersatu.

Kesatuan atau Paduan
Kesatuan merupakan hubungan di antara elemen-elemen visual yang dapat menjadikan elemen tersebut bersatu dan bermakna. Ini bermakna, perkataan dan imej bersatu dan menghasilkan makna Kesatuan membantu menyusun suatu imej visual, membantu interpretasi dan pemahaman Visual ini mengelirukan. 
Perhubungan diantara pelbagai bahagian amat sukar untuk dilihat dan difahami. Dengan kesatuan, visual ini sekaranglebih tersusun dan mudah untuk difahami. Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan bentukbentuk yang serupa. Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan satu corak yang serupa. Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan ruang Kesatuan boleh dicapai melalui penggunaan latar belakang yang serupa

No comments:

Post a Comment