Tuesday, May 28, 2013

2.5 Pengujian Prototaip

Pengujian Prototaip



Pengujian prototaip terbahagi kepada dua cara iaitu :
  • ujian makmal 
  • ujian parameter
low fidelity paper prototype
Ujian makmal

Ujian makmal dilakukan dalam suasana yang terkawal di dalam makmal. Dalam ujian ini, daya ketahanan terhadap tekanan, suhu, cahaya, kelajuan dan sebagainya diuji.

Ujian parameter

Pengujian dibuat dalam suasana dan tempat sebenar bagi menentukan kefungsian serta penggunaan rekaciptaan itu. Misalnya, seseorang boleh memberikan rekaciptaan kepada pengguna untuk mencuba dan menilaikannya.

high-fidelity paper prototype
Ciri-ciri yang perlu ada dalam pengujian

  • tarikh - Bila ujian dilakukan 
  • masa - Masa ujian atau tempoh ujian dilaksanakan 
  • tempat - Tempat atau lokasi ujian diadakan 
  • tujuan atau objektif - Tujuan mengadakan pengujian ialah untuk menguji kecekapan operasi atau ciri² keselamatan rekaciptaan tersebut. 
  • langkah pengujian - Kerja pengujian yang dilakukan hendaklah mengikut prosedur² kerja. 
  • pemerhatian - Pelajar perlu mencatatkan segala pemerhatian dalam pengujian. 
  • rumusan - Pelajar perlu membuat kesimpulan yang mengandungi had kemampuan, kebaikan, dan kelemahan rekaciptaan dari pemerhatian ujian yang dilakukan. 
  • cadangan - Pelajar perlu memberi kenyataan berbentuk usul @ syor @ nasihat @ perakuan mengenai rekaciptaan yang diuji

No comments:

Post a Comment