Monday, May 27, 2013

Rekabentuk


REKA BENTUK
Visual ialah alat yang dapat menyediakan rujukan konkrit yang lebih baik daripada pernyataan secara lisan atau bertulis

Fungsi utama visual ialah untuk meningkatkan komunikasi dalam pengajaran
Visual dibahagi kepada tiga bentuk
Fotografik Menyediakan ilustrasi melalaui gambar , visual realiti,menyerupai sesuatu subjek, situasi sebenar

Elektronik
Grafik : menyediakan ilustrasi secara artistik atau simbolik

Visual analogik : menerangkan sesuatu konsep dengan menunjukkan sesuatu simbol yang dianggap dapat mewakili konsep tersebut
Visual organisasi : merangkumi carta, graf, peta dan sebagainya

Visual hanya akan mempunyai fungsi komunikasi jika mempunyai ciri-ciri berikut:
Mudah dan jelas dibaca / difahami
Mesej mudah ditafsir. Jika terlalu senang, pelajar tidak memberi perhatian pada visual
Mendorong interaksi yang aktif antara pelajar, guru dan maksud yang terdapat dalam visual
Membantu menfokuskan perhatian kepada maksud yang terdapat dalam visual

Elemen Reka Bentuk

Elemen grafik bermakna bahan-bahan asas yang digunakan untuk membentuk sesuatu komposisi visual.

Terdapat lima elemen grafik;
 
  • Ruang 
  • Garis 
  • Permukaan 
  • Bentuk Dua Dimensi (Shape) 
  • Bentuk Tiga Dimensi (Form) 

1. Ruang
Keluasan yang disediakan bagi sesuatu visual
Ruang perlu untuk menjadikan sesuatu reka bentuk menarik
Ruang terbahagi kepada dua:
Ruang Positif : Ruang yang digunakan
Ruang Negatif : Ruang yang kosong


2. Garis (Line)
Garis boleh didapati dalam bentuk dua dimensi dan tiga dimensi
Dua dimensi seperti lakaran pensil

Garis tiga dimensi adalah seperti tali, kulit siput dan sebagainya
Fungsi garis ialah:
Menunjukkan pergerakan
Menunjukkan suasana
Menunjukkan kemegahan/kekuatan
Menunjukkan kekusutan
Melukis objek/ benda
Menghubung antara satu elemen dengan elemen lain


3. Permukaan
Sesuatu permukaan boleh dirawat dengan memberi warna dan tekstur
Garis, warna dan tekstur yang berbeza memberi kesan tertentu kepada permukaan

4. Bentuk dua dimensi
Terdapat tiga jenis bentuk dua dimensi
Bentuk Geometri
Bentuk abstrak
Bentuk gambaran

5. Bentuk Tiga Dimensi (Form)
Dibahagikan kepada dua kategori
Bentuk tiga dimensi sebenar : adalah bahan sebenar yang mempunyai dimensi tinggi, lebar, panjang contohnya meja, kerusi dll
Bentuk tiga dimensi tiruan : bentuk dua dimensi yang dimasukkan elemen bayang, garisan dan sebagainya

Prinsip Reka Bentuk Visual

Berkaitan dengan kaedah menggunakan elemen-elemen grafik agar visual menjadi menarik. Terdapat enam prinsip reka bentuk visual.
  1. Simplisiti 
  2. Dominan 
  3. Pola 
  4. Seimbang 
  5. Variasi 
  6. harmoni 

i. Simplisiti
Sesuatu rekaan haruslah memungkinkan kefahaman yang cepat dan jelas
Sesuatu hasil mestilah nampak mudah dibaca atau difahami tetapi masih boleh menarik perhatian

ii. Dominan
Pusat penumpuan atau minat
Dalam sesuatu rekaan visual, objek atau item utama mesti ditonjolkan agar dibaca maksud dengan
Terdapat pelbagai cara untuk mencapai dominan
Rule of Third
Warna dan bentuk yang kontras
Saiz yang lebih besar
Menggunakan anak panah menunjukkan ke arah item utama
Menggunakan garis yang menunjuk item utama
Mewujudkan gerakan
Menggunakan lampu atau cahaya memancar

iii. Pola
Berkaitan dengan soal susunan item-item dalam sesuatu rekaan visual.
Aspek susunan ini amat dititikberatkan kerana ia dapat
Menarik penglihatan mata ke arah item utama
Menggerakkan penglihatan mata kepada keseluruhan visual dalam arah yang betul
Mengekalkan penglihatan mata dan seterusnya mengikuti aliran persembahan sampai ke titik akhir


* Kesimpulannya, pola bermakna penyusunan elemen-elemen visual bagi menarik dan mengekalkan perhatian penonoton / pembaca dan sekaligus memandu mereka maksud yang terkandung dalam visual

iv. Seimbang
Keseimbangan perlu dalam rekaan sesuatu visual
Elemen grafik disusun seimbang agar mempunyai daya penarik dan keselesaan mata memandang
Terdapat dua jenis seimbang
Seimbang formal : seimbang yang sama atau simetri di antara kedua- bahagian kiri dan kanan atau atas dan bawah
Seimbang tidak formal : bermakna pembahagian yang tidak sama rata.

v. Variasi
Variasi menyokong pola untuk meningkatkan tarikan terhadap visual
Penggunaan elemen-elemen dalam sesuatu komposisi dapat menjadikan visual seolah-olah hidup

vi. Harmoni
Memberikan rasa yakin dan pasti kepada penonton/ pembaca apabila melihat gabungan elemen-elemen grafik, aliran persembahan dan kesatuan mesej.

Warna
Warna terbahagi kepada dua kumpulan besar iaitu :
Kromatik : mengandungi tiga sifat iaitu hiu, valiu dan kroma. Ia juga digelar warna natural seperti kelabu, hitam dan putih
Akromatik : mengandungi dua sifat iaitu valiu dan kroma

Hiu : digunakan untuk menjelaskan warna yang khusus seperti merah, biru dansebagainya
Valiu : menjelaskan sejauh mana gelap atau cerahnya sesuatu warna. Warna putih yang paling cerah dan ini menunjukkan putih mempunyai sifat valiu yang tinggi
Kroma : digunakan untuk menjelaskan intensiti atau kekuatan sesuatu warna. Merah cerah lebih kuat merahnya dari merah pudar dan sebagainya
Pigmen : Terbahagi kepada empat jenis :
  • Warna utama 
  • Warna sekunder 
  • Warna pertengahan 
  • Warna tertier 
Warna utama : warna asas yang tidak boleh didapati melalui campuran warna.Merah, biru dan kuning
Warna Sekunder : Diperolehi daripada campuran dua warna utama
Warna pertengahan : campuran warna sekunder dengan warna utama yang terletak disebelahnya
Warna tertier : campuran dua warna sekunder

Pemilihan Warna

Warna dipilih berdasarkan fungsinya. Terdapat empat fungsi warna:
Membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan
Memudahkan sesuatu item dilihat

Mewujudkan perasaan harmoni
Melahirkan kesan tertentu selain daripada perkara di atas

Membuat penegasan dan mewujudkan tumpuan
Penegasan warna ke atas sesuatu elemen supaya menjadi tumpuan
Penggunaan warna latar yang kontras dengan subjek dapat menimbulkan kesan tumpuan
Warna kontras juga dikenali sebagai warna penggenap






Memudahkan sesuatu item dilihat
Warna ungu adalah warna paling kurang jelas dilihat / rendah nilainya berbanding warna kuning
Tindihan warna juga dapat menjelaskan sesuatu warna
Tindihan positif : dihasilkan apabila warna subjek yang terang diletakkan di atas latar berwarna kontras.
Tindihan negatif : menggunakan warna kontras yang lemah dan menghasilkaan gabungan warna yang kelihatan sama. Contohnya warna putih atas kuning


Mewujudkan perasaan harmoni
Dapat dilakukan dengan menggunakan warna-warna analogus, iaitu warna –warna yang terletak berhampiran roda warna.

Melahirkan kesan tertentu
Terdapat tiga kategori warna
panas, kegarangan dan kekuatan 

Warna sejuk : biru, ungu, hijau. Warna sejuk dikaitkan dengan alam dan mewujudkan kelembutan, kedamaian dan kesayuan
 
Warna psikologi: warna yang dipengaruhi oleh budaya. Terdapat juga warna diterima sebagai suatu tafsiran dalam bidang ilmu. 

Huruf
Huruf memainkan peranan yang penting dalam penggunaan tajuk, soalan dan lain-lain perkataan dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu paparan visual
Dalam penggunaan huruf, tujuh perkara perlu diberi pertimbangan
Stail huruf
Bilangan stail huruf
Huruf besar dan huruf kecil
Warna huruf
Saiz huruf
Jarak antara huruf
Jarak antara baris


iStail huruf

Stail huruf boleh diklasifikasikan kepada lima keluarga
Huruf Roman : mempunyai strok nyang berselang seli antara strok nipis dan tebal. Ia mempunyai serif di tapak huruf
Huruf Gotik : Mempunyai saiz yang sama dan tidak mempunyai serif atau san serif

Huruf sambung atau Cursive : dikenali juga sebagai hand writing
Huruf Teks : kelihatan antik dan cantik tetapi sukar dibaca kerana gaya tulisan lama
Huruf novelti : Adakalanya digunaa untuk menarik perhatian dan sebagaai hiasan ataau dekoratif
























No comments:

Post a Comment