Monday, May 27, 2013

Teks

Hasil pelajaran

Mengenali teks dalam multimedia dari aspek:
  • fungsi
  • jenis-jenis teks
  • format teks
  • jenis muka taip
  • saiz muka taip
  • gaya teks
  • susun jajar
  • warna.



Fungsi Teks

Dalam sistem komputer, teks selalunya digunakan bagi menghantar maklumat dan untuk kegunaan antaramuka pengguna. Kini, sistem komputer adalah berasaskan antaramuka grafik pengguna (GUI), namun teks masih lagi digunakan sebagai mekanisma utama untuk penerangan, menu dan arahan kepada pengguna. Walaupun produk multimedia mengandungi gambar, audio dan video tetapi ia masih memerlukan teks untuk memantapkan lagi penyampaian. 

Teks digunakan dalam pelbagai tujuan.
  • Memberi pengenalan kepada sesuatu objek seperti gambar atau label bagi program.
  • Menghantar maklumat dalam bentuk penerangan helaian yang mengandungi sebahagian besar adalah teks.
  • Membolehkan pengguna melayari aplikasi.

Elemen teks ini boleh jadi besar dan jelas atau kecil sebagai sub-tajuk. Ia bergantung kepada tujuan aplikasi dan juga skop pengguna. Teks merupakan cara biasa yang digunkan untuk menyampaikan maklumat, namun begitu teks selalunya akan diiringi dengan gambar, audio dan video. Pada asasnya teks adalah kunci komponen bagi setiap aplikasi yang dibangunkan.

Teknologi Teks
Teknologi teks adalah berdasarkan kepada pembinaan huruf, nombor dan karakter seperti noktah, koma, dan tanda ringgit untuk membangunkan perkataan, ayat dan perenggan bagi sesuatu maklumat. Elemen-elemen teks dikategorikepada :

  1. Karakter Alphabet: English- A hingga Z, termasuk huruf besar dan kecil yang bergantung kepada bahasa.
  2. Nombor 0 hingga 9
  3. Karakter istimewa: tanda bacaan (. , ; ' "), sign ($ + = -), dan juga karakter yang tidak tercetak.
Teks: sebagai media maklumat
Typefaces: persembahan grafik bagi alphabet, nombor dan karakter istimewa yang selalu digunakan dalam pelbagai saiz dan jenis.
Font: saiz yang tertentu bagi typeface; contoh, "14 point Times New Roman"

                       Label dan Tajuk
Label biasanya digunakan sebagai tajuk window bar ataupun sebagai mengenalpasti input teks bagi sesuatu sistem. Untuk mengenalpasti logo, objek ataupun gambar, label diperlukan. Bukan saja dalam dunia komputer kita perlumelabelkan atau memberi sesuatu tajuk kepada barang atau objek yang hendak diperkenalkan kepada umum, malah ia telah menjadi satu kewajipan yang measti ada. Label dan tajuk ini mestilah dalam bentuk ayat yang pendek danmudah difahami oleh pengguna. Ia bukanlah satu penerangan yang panjang perlu dijelaskan bagi memperkenalkan objek, gambar atau logo yang telah dibangunkan dalam aplikasi multimedia.

Navigasi dan sokongan pengguna
Teks yang berasaskan kawalan dalam aplikasi multimedia adalah mengandungi butang, senarai box, senarai drop-down dan menu window. Walaupun terdapat operasi dalam aplikasi yang hanya perlu menggunakan tetikus iaitu 'klik'untuk melayari. Namun, ia masih memerlukan arahan untuk "enter" pada papan kekunci selain menggunakan tetikus. Dalam pembangunan objek multimedia, teks pada butang hendaklah jelas dan ringkas. Pandangan yang kontraantara latarbelakang dan butang adalah sangat penting untuk menghasilkan kawalan yang senang untuk dilihat dan digunakan.


Jenis-jenis Teks

Jenis Muka taip (font)
Terdapat dua kelas mukataip dibahagikan iaitu serif dan sans serif.

Font serif : Jenis mukataip ini biasa digunakan dalam percetakan media, ini kerana ia dapat membantu pembaca dengan membaca banyak teks yang dipaparkan dalam jangka masa yang lama. Jenis mukataip ialah :
o        Times dan Times New Roman
o        Courier
o        Georgia


Font san serif: Walaubagaimanapun, untuk paparan komputer, jenis fon san serif lebih banyak digunakan ini kerana ia lebih tepat dalam penggunaan resolusi komputer. Ia terdiri daripada:

o        Arial
o        Helvetica
o        Avant Garde

Jenis Font dan saiz memainkan peranan yang penting dalam penghasilan grafik. Dalam persekitaran grafik komputer, fon boleh digunakan untuk pelbagai tujuan. Sistem grafik berupaya menjalankan proses bagi membina dan menggunakan font yang dipanggil rasterization.

Rasterization akan berlaku apabila pengguna komputer melakarkan font dan satu piksel dipaparkan pada satu masa. Font ini adalah bergantung kepada saiz dan bilangan piksel yang digunakan bagi tujuanlakaran atau penulisan. Teknik ini dipanggil sebagai antialiasing, ia digunakan untuk mencampurkan fon dengan latarbelakang. Ini adalah untuk menunjukkan kesesuaian antara fon dan latarbelakang yang digunakan. 

Anti-alising biasanyadigunakan untuk melukis dan melakar dengan menggunakan pakej perisian. Ia memberi kesan yang menarik dan halus di antara imej latar belakang dan elemen-elemen teks.


Saiz Mukataip

Terdapat pelbagai jenis saiz disediakan


Gaya Teks
Penggunaan teks dalam produk multimedia biasanya banyak bergantung kepada common sense dan kreativiti pengguna sendiri, mereka tidak menggunakan panduan dan kaedah-kaedah seperti yang telah digariskan. Walaubagaimanapun,terdapat beberapa panduan yang boleh digunakan untuk membina teks dalam pembangunan produk multimedia di antaranya ialah (Hillman, 1999):
  • Untuk memilih jenis font yang sesuai perlulah berhati-hati, ini kerana skrin komputer adalah agak susah untuk dibaca.
  • Untuk panduan pengguna, font jenis san serif adalah paling sesuai, kerana ia lebih tepat dan jelas untuk resolusi komputer.
  • Penggunaan bilangan fon typefaces yang banyak dan pelbagai pada satu skrin hendaklah diminimumkan. Ini kerana, font yang banyak boleh mengganggu penglihatan pengguna aplikasi.
  • Jarakkan ruang antara, karakter, garisan dan perenggan antara teks serta teks dengan objek yang lain seperti gambar. Pembinaan teks tidaklah boleh terlalu dekat dengan gambar atau video kerana agak susah untuk dibaca pengguna.
  • Hendaklah berhati-hati meletakkan teks pada gambar, terutamanya untuk menentukan warna, fon dan saiz teks.
  • Mempunyai teks yang pelbagai saiz, jenis, ketebalan dan sebagainya untuk menghantar mesej. Contohnya hendak menarik perhatian pengguna, pembangun hendaklah menggunakan teks yang lebih besar dan fon yang tebal.
  • Menggunakan penulisan teks warna puteh apabila latarbelakang berwarna hitam ataupun warna yang bertentangan untuk tujuan tertentu. Juga hendaklah elakkan daripada menggunakan warna yang sama atau campuran warna yangseakan-akan latarbelakang.
  • Menggunakan pendekatan novel (warped, curved, shadowed) untuk menarik perhatian pengguna. Elakkan mengguna format teks novel untuk menyampaikan maklumat kerana ia susah untuk dibaca pengguna

No comments:

Post a Comment