Ke arah mencapai matlamat mata pelajaran Produksi Multimedia, objektif
berikut digariskan, iaitu bagi membolehkan pelajar:-
1. Membina pengetahuan tentang proses, elemen, prinsip dan teknik produksi multimedia.
2. Membina pengetahuan tentang peluang kerjaya dalam industri multimedia.
3. Membina pengetahuan dan kebolehan menggunakan perkakasan dan perisian produksi multimedia piawaian industri serta perisian yang digunakan untuk menyediakan elemen bagi produksi multimedia.
4. Memperkembang dan mengaplikasi proses pemikiran logik dan kreatif dalam menghasilkan produk multimedia.
5. Memperoleh pengalaman bekerja melibatkan satu kumpulan pembangun.
6. Memupuk sikap bertanggungjawab sebagai seorang ahli dalam satu kumpulan kerja temasuk peranan pengurus dan pekerja.
7. Memupuk kesedaran tentang tanggungjawab etika apabila bekerja melibatkan harta intelek dan bahan hakcipta
No comments:
Post a Comment