Monday, May 27, 2013

Audio

Audio merupakan salah satu media yang sering digunakan dalam sesuatu interaksi antara komputer dengan pengguna. Elemen muzik, suara latar dan kesan bunyi merupakan antara beberapa contoh penggunaan audio yang boleh digunakan dalam sesebuah aplikasi multimedia. Seperti juga elemen multimedia yang lain, audio mampu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan, menimbulkan suasana yang lebih menyerlah dan menarik tumpuan terhadap apa yang ingin disampaikan.

Contoh audio


Fungsi Audio
  • Membantu menyampaikan maklumat dengan lebih berkesan (cth: penggunaan suara latar atau kesanaudio istimewa).
  • Membantu meningkatkan daya tarikan terhadap sesuatu persembahan.mampu meningkatkan motivasi di kalangan para pengguna agar lebih berminat mengikuti suatu proses penyampaian maklumat.
  • Menimbulkan suasana yang lebih menarik dan akan menghasilkan tumpuan terhadap isi yang dipersembahkan.
Sumber Audio

Terdapat 5 jenis audio yang digunakan dalam multimedia iaitu :

HiperAudio
Dimainkan secara berulang kali. Audio dibenarkan untuk dimainkan secara selari dengan persembahan multimedia, dirujuk sebagai hiperaudio.

MP3
Format fail audio yang boleh menggunakan codec audio MPEGuntuk enkod dan dekod muzik yang dirakam.Boleh mampat track audio CD dalam saiz yang kecil. Pemain MP3 untuk memainkan fail MP3.

Audio Cakera Padat.
CD audio boleh menyimpan data selama 75 minit dengan kadar sampling 44,100 sampels per saat. Keupayaan cepat untuk merakam video. Banyak digunakan untuk lagu yang dirakam dan berkualiti. Audio
Digunakan untuk merakam bunyi yang didengar. Bentuk gelombang pada bunyi menerangkan tentang amplitude, frekuensi dan kandungan yang harmoni.Format fail audio ialah wave.

Midi
Kemudahan yang efisien untuk merakam muzik. Merakam maklumat persembahan dalam chip sound pada komputer untuk memainkan muzik. Terdapat MIDI kod untuk mengubah suai muzik menjadi perlahan, kuat, tukar kualiti dan tambah kesan bunyi. Kebaikan Midi ialah mempunyai fail yang lebih kecil dan padat, kualiti muzik yang bermutu serta mudah untuk melakukan ubahsuai fail. Kelemahan Midi pula tidak boleh digunakan untuk memainkan dialog perbualan.

Format Fail Audio

Berikut merupakan contoh-contoh format fail bagi audio:

AUDIO INTERCHANGE FAIL FORMAT (.AIFF DAN .AIF)


Format ini sering digunakan pada sistem komputer jenis machintosh, IBM dan yang serasi dengannya.
Boleh menyimpan sehingga 32 bit.
MUSICAL INSTRUMENT DIGITAL INTERFACE (.MID, .MDI, .MFF)

Format yang diterimapakai di seluruh dunia bertujuan menyimpan audio dan jenis MDI.
SOUND (.SND)

Format fail yang diperkenalkan oleh Apple dan hanya sesuai digunakan bagi audio yang bersaiz sehingga 8 bit.
WAVE (.WAV)

Format fail yang paling meluas digunakan.
Disokong oleh sistem operasi windows.
Mampu menambung saiz dari 8 bit sehingga 16 bit.
SUN AUDIO (.AU)

Digunakan oleh komputer jenis stesyen kerja SUN Microsystem.
Merupakan format audio 16 bit.
.MPEG

Format fail yang makin popular.
Digunakan untuk tujuan penyaluran muzik melalui talian internet.

Reka letak Audio
Reka letak adalah ilmu atau kemahiran yang digunakan untuk meletakkan dan menyusun media pada paparan bagi membentuk persembahan yang menarik.Bahan audio boleh dihasilkan melalui rakaman yang mudah yang tersedia ada pada kaset audio. Mikrofon yang berasingan (external microphone) pengadun

audio (audio mixer) boleh digunakan untuk mengadun suara dengan muzik latar atau kesan bunyi.

No comments:

Post a Comment