Monday, May 27, 2013

Sejarah Pembangunan Multimedia


Multimedia ialah satu perkataan yang sering kita dengar pada masa sekarang apabila kita memperkatakan tentang komputer, lebih-lebih lagi komputer dalam pendidikan. Hakikatnya, multimedia sudah lama digunakan dengan meluasnya dalam pendidikan, cuma pengunaan istilah ‘multimedia’ tidak wujud sehinggalah beberapa tahun ini. Sebenarnya, teks, grafik, bunyi dan video sudah lama digunakan untuk mempersembahkan sesuatu konsep atau topik dalam sesuatu mata pelajaran. Sehinggalah awal tahun 90an umpamanya, video dan cakera laser masih luas dipergunakan di sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Keadaan semakin berubah dalam dua tiga tahun ini di mana komputer menjadi semakin canggih dan sistem komputer itu dikatakan tidak lengkap tanpa pemacu cakera padat (pemacu CD-ROM).

Sejarah Perkembangan Komputer Multimedia

Multimedia telah menjadi suatu perkataan berbisik (buzzword) dalam tahun 1993. Akan tetapi multimedia dan cakera padat (CD-ROM : Compact Disk - Read Only Memory) telah ada beberapa tahun sebelum itu. Pada akhir tahun 1993, adalah dianggarkan terdapat 3.6 juta komputer multimedia di Amerika Syarikat. Pada masa itu tidak ada kekurangan perisian multimedia yang berkualiti rendah yang dapat dibeli oleh pengguna-pengguna. Pada akhir bulan Disember 1993, harga runcit perisian tersebut adalah dalam lingkungan US$59 hingga US$69. 

Taraf komputer multimedia (MPC : Multimedia Personal Computer) dalam tahun 1993 itu dinamakan MPC Level 1. Komputer multimedia tersebut menggunakan pemproses berjenis 386SX 16MHz dengan spesifikasi seperti berikut :



MPC Level 1


Jenis pemproses : 386SX 16MHz
Memori : 2 Megabait RAM
Cakera keras : 30 Megabait
Pemacu CD-ROM : kelajuan 1 X
Kad suara : 8-bit dengan MIDI playback
Paparan : 16 warna VGA dengan resolusi 640 x 480


Dalam tahun 1994, adalah dianggarkan bilangan komputer multimedia bertambah daripada 3.6 juta ke 11.4 juta buah. Pada akhir bulan Disember 1994, harga runcit perisian tersebut telah jatuh dan dalam lingkungan US$39 hingga US$49. Kos-kos pemasaran dan pengiklanan bertambah dan hampir sama dengan kos memajukan perisian tersebut.
Dalam tahun 1994, perisian atau tajuk multimedia CD-ROM telah meningkat sebanyak 227% berdasarkan penyelidikan yang dibuat oleh Syarikat Dataquest. Syarikat itu telah menganggarkan 53.9 juta tajuk CD-ROM telah dieksport berbanding dengan 16.5 juta dalam tahun 1993. Walau bagaimanapun, terdapat juga tajuk-tajuk CD-ROM percuma yang dieksport dengan sebuah komputer multimedia yang belum dikira.

Taraf komputer multimedia dalam tahun 1994 itu berubah menjadi MPC Level 2. Komputer multimedia tersebut menggunakan pemproses berjenis 486SX 25MHz dengan spesifikasi seperti berikut :

MPC Level 2

Jenis pemproses : 486SX 25MHz
Memori : 4 Megabait RAM
Cakera keras : 160 Megabait
Pemacu CD-ROM : kelajuan 2 X
Kad suara : 16-bit dengan MIDI playback
Paparan : 65536 warna VGA dengan resolusi 640 x 480


Suatu kajian kes mengenai sikap konsumer terhadap multimedia oleh US Electronics Industry Association yang dibuat dalam bulan September 1994 telah mendapat bahawa hampir separuh daripada responden-responden sedar tentang perkataan ‘multimedia’. Didapati 7.5 juta buah komputer multimedia terdapat di rumah, dan 9 juta keluarga berkeinginan membeli komputer multimedia dalam dua belas bulan berikut itu. Juga, terdapat 53% merancang untuk kegunaan hiburan dan 55% untuk kegunaan kerja sekolah.
Tajuk-tajuk permainan, buku rujukan dan tajuk-tajuk pendidikan telah menjadi ‘hit’ dalam tahun 1994. Oleh sebab persaingan antara penjual-penjual, margin untung untuk pemaju-pemaju telah jatuh disebabkan purata harga jual sesuatu tajuk multimedia adalah sebanyak US$11 sekeping.
Dalam bulan Ogos 1995, trend menurun harga runcit itu bersambung apabila Microsoft memperkenalkan harga baru untuk produk-produknya dalam renj £49.99 hingga £19.99 . Taraf komputer multimedia dinamakan MPC Level 3. Komputer multimedia tersebut menggunakan pemproses berjenis Pentium 75MHz dengan tambahan kad MPEG (Motion Picture Expert Group) dengan spesifikasi seperti berikut :

MPC Level 3

Jenis pemproses : Pentium 75MHz atau 586
Memori : 8 Megabait RAM
Cakera keras : lebih dari 500 Megabait
Pemacu CD-ROM : kelajuan 4 X
Kad suara : 16-bit dengan MIDI playback
Paparan : 256000 warna VGA dengan resolusi 640 x 480
Kad video : kad MPEG



Dalam tahun 1996 sehingga sekarang, taraf komputer multimedia masih MPC Level 3. Taraf ini hanya menjadi taraf minimum. Kebanyakan komputer multimedia yang dijual sekarang biasanya melebihi spesifikasi tersebut. Walau bagaimanapun, keperluan taraf tersebut adalah satu panduan bagi pemaju-pemaju apabila mereka memajukan aplikasi-aplikasi multimedia.

kesimpulanya pada masa dahulu istilah multimedia hanya tertumpu kepada dua jenis media yang dikenali sebagai media statik seperti poster dan cover buku. Manakala media bergerak pula seperti kartun. Kini istilah multimedia telah berkembang mengikut perkembangan komputer dengan bertambahnya atau bergabungnya media seperti teks,grafik,audio dan video lalu membentuk satu persembahan interaktif yang jauh lebih baik berbanding zaman awal kemunculanya.


contoh muka interaktif yang mempunyai gabungan beberapa media didalamnya. Dapatkah anda melihatnya?

contoh persembahan pentas sekarang
Suatu ketika dahulu pertunjukan pentas mengunakan kostum untuk mengambarkan mood manakala perembahan pentas sekarang telah mengunakan gabungan media untuk memhidupkan sebuah mood

No comments:

Post a Comment