Proses pembangunan produk mutimedia yang teratur akan membantu menghasilkan sesuatu perisian dengan lebih mudah dan cepat terutamanya bagi pembangun produk perisian yang baru.Terdapat empat proses utama dalam pembangunan produk mutimedia:
Menentukan kandungan perisian
- Memilih kaedah penyampaian/persembahan yang sesuai
- Melakarkan carta alir
- Penulisan papan ceritaCarta Alir .
Sebelum sesuatu produk multimedia itu dibangunkan, satu idea keseluruhan bagi pembangunan produksi tersebut perlu difikirkan. Proses ini biasanya dilakukan secara berkumpulan oleh pasukan pembangun produk multimedia melalui perkongsian dan saranan idea secara kolektif. Konsep idea keseluruhan ini boleh diterjemahkan dalam bentuk carta alir.
Carta alir adalah gambarajah berasaskan nod-nod geometri yang dibina bagi menunjukkan aliran aktiviti/proses yang dirancangkan dalam sesuatu penghasilan produk multimedia. Cartaalir akan memberikan gambaran keseluruhan kepada pasukan pembangun produk multimedia bagaimana aliran proses berlaku samada secara jujukan atau cabangan dari mula hingga tamat.
No comments:
Post a Comment