Monday, May 27, 2013

Perisian Multimedia


Perisian Animasi
Animasi sering dikaitkan dengan sesuatu yang dinamik dan menarik serta mampu memberi impak yang signifikan terhadap keberkesanan sesebuah persembahan.

Jenis-jenis animasi digunakan di dalam sesebuah aplikasi multimedia iaitu :
- Animasi 2 Dimensi (2D)
- Animasi 3 Dimensi (3D)
- Animasi kesan khas


Animasi 2D

Perisian yang popular bagi animasi ini ialah Adobe Flash dan Toon Boom Studio.
Digunakan bagi tujuan menghasilkan animasi 2D bagi sesebuah aplikasi multimedia ataupun laman web.
Digunakan juga di dalam menghasilkan animasi bagi tujuan siaran televisyen khususnya iklan dan juga kartun.


Adobe Flash





Toon Boom Studio


Animasi 3D

Perisian peringkat asas iaitu perisian animasi 3D yang mudah, murah dan senang dikendalikan. Contoh perisian ini ialah Asymmetrix 3DFX, Ulead Cool 3D Studio, Xara 3D dan Ray Dream 3D.Perisian peringkat pertengahan iaitu Specular Infini D, Visual Reality, Ray Dream Studio dan Macromedia Extreme 3D boleh digunakan.Perisian peringkat yang lebih tinggi iaitu 3D Studio Max, Lightwave 3D, Maya, Houdini dan juga Softimage.




Ulead Cool 3D Studio





Visual Reality

3D Studio Max

Perisian animasi yang lain :

Ulead Gif Animator, Adobe Image Ready, Swishmax, Sothink Glanda dan Gif Construction Set pula boleh digunakan bagi menghasilkan animasi khas bagi tujuan pembangunan laman web.







Adobe Image Ready


Perisian Video

Dapat menghasilkan klip video digital yang asas menggunakan perisian Windows Movie Maker (sedia ada dalam Microsoft Windows) boleh digunakan.




Windows Movie Maker


Ianya menyediakan kemudahan yang membolehkan beberapa klip video disusun bagi membentuk satu klip video yang baru mengikut keperluan. Beberapa kesan khas yang mudah juga boleh ditambahkan kepadanya.


Untuk menghasilkan klip video yang lebih berkualiti tinggi dengan pelbagai kesan khas - perisian-perisian seperti Adobe Premiere, Video Fusion, Pinnacle Studio dan Ulead VideoStudio boleh digunakan.





Adobe Premeire







Pinnacle Studio







Ulead VideoStudio

Perisian-perisian ini memerlukan masa yang agak lama untuk dikuasai sepenuhnya. Ia juga mempunyai pelbagai kelebihan serta kegunaan di dalam menghasilkan video digital yang berkualiti tinggi.

Contoh perisian video secara online adalah seperti berikut :

1) Online Video Editor - http://www.clipcanvas.com/videoeditor/create

2) Video Editing by Magisto - http://www.magisto.com/

3) Video Toolbox - http://www.videotoolbox.com/

No comments:

Post a Comment