- Sistem pengoperasian atau operating system (OS) adalah set program-program yang dipasang dalam cakera keras.
- Tanpa OS, sesebuah komputer langsung tidak berguna atau tidak beroperasi.
- Antara tugasan OS ialah
o mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan
o menyedia antara muka pengguna
o membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pengguna
OS bertindak mengkordinasi perkakasan dan perisian |
JENIS-JENIS OS PADA PLATFORM BERBEZA
- Platform adalah kombinasi perkakasan komputer dan sistem pengoperasian yang berbeza untuk membolehkan perisian lain beroperasi bersamanya.
- Platform yang berbeza melibatkan perbezaan dari semua segi iaitu senibina komputer, sistem pengoperasian, bahasa pengaturcaraan dan antara muka pengguna.
- 3 jenis platform berbeza ialah
o Platform PC atau keserasian IBM
o Platform Apple
o Platform Pelbagai (Cross-Platform)
Jenis Platform |
FUNGSI OS
- OS adalah set program komputer yang paling kompleks dan penting untuk komputer. Ia berfungsi dalam mengawal, menyelaras dan mengkoordinasi perkakasan seperti pemprosesan (CPU), ingatan utama (RAM), papan kekunci, paparan video, pemacu cakera dll. Ia juga menyediakan antara muka pengguna dan membolehkan program aplikasi dipasang untuk kegunaan pelbagai pengguna.
- Antara fungsi OS ialah:
I) Menghidup dan mematikan komputer
- bertugas sebaik sahaja suiz komputer dihidupkan
- perlu ditutup dengan arahan shutdown
II) Menyediakan antaramuka pengguna (User interface)
- membenarkan pengguna mencapai dan mengarah sistem komputer
- pengguna boleh memasukkan data dan arahan serta mendapatkan maklumat dan informasi dari komputer
III) Menguruskan data dan perisian lain
- menguruskan data dan perisian lain yang disimpan dalam cakera keras
- menguruskan perjalanan data dari komponen input kepada output dan dari storan sekunder kepada ingatan utama dan dari ingatan utama kepada storan sekunder
IV) Pengurusan ingatan utama (RAM)
- mengawal dan menguruskan RAM agar ia dapat digunakan secara optimum dan terancang
- menguruskan data yang tersimpan di dalam RAM agar ia dapat diproses atau untuk dihantar ke peranti output atau disimpan ke dalam storan sekunder selepas pemprosesan
V) Mengurusan perkakasan
- berfungsi untuk menyelaras dan menjejaki setiap perkakasan
- memberi arahan kepada perkakasan agar mengikut tugas masing-masing berdasarkan arahan tersedia atau dari pengguna.
- melibatkan komponen input, output, storan sekunder dan ingatan utama.
ANTARAMUKA OS
- Adalah sebahagian daripada sistem pengoperasian yang anda dapat lihat dan berinteraksi dengannya, dengan program atau dengan pengguna lain.
- Kepentingan adalah membolehkan pengguna berinteraksi dengan perisian untuk mengawal cara kemasukkan data dan arahan serta cara maklumat dipaparkan.
- terdapat 3 jenis antaramuka pengguna iaitu:
I) Pacuan perintah (command-based user interface)
- b
II) Pacuan menu (Menu driven)
- b
III) Antaramuka pengguna bergrafik (Graphical user interface)
- b
No comments:
Post a Comment