Monday, May 27, 2013

Interaktif


Interaktiviti dalam Multimedia
Kebolehan pengguna untuk berinteraksi dengan program atau perisian multimedia merupakan kunci kebolehan atau kecanggihan sebuah sisitem multimedia. Video atau filem merupakan contoh media yang mempunyai gabungan pelbagai elemen seperti grafik audio dan animasi. Tetapi kedua-duanya dipersembahkan secara linear. Pengguna atau penonton juga adalah pasif iaitu tidak mempunya sebarang kawalan terhadap media tersebut. 

                                              

Walaupun mungkin pengguna mempunyai alat kawalan jauh namun mereka tidak mampu untuk mengawal isi kandungan dan bagaimana ianya dipersembahkan. Multimedia sebaliknya membenarkan pengguna untuk menjadi lebih aktif dengan menyediakan kemudahan interaktiviti. Pengguna beruapaya mengawal apa isi kandungan yang hendak dipersembahkan, bila ia dipersembahkan dan bagaimana ia dipersembahkan. Interaktiviti juga membenarkan seseorang pengguna meneroka sesuatu maklumat melalui persembahan dengan kehendak dan kelajuan yang tersendiri. Pengguna boleh mencapai sebarang topik atau meninggalkan bahagian-bahagian yang tidak begitu menarik atau diperlukan oleh mereka. Borsook dan Wheat (1992) menyatakan bahawa interaktiviti merangkumi :

  • Kecepatan respon atau tindakbalas terhadap aktiviti pengguna
  • Masukan maklumat yang tidak mengikut turutan di mana maklumat dimasukkan mengikut kesesuaian dan kehendak semasa
  • Kebolehsuaian antara manusia dengan sistem
  • Maklum balas serta merta
  • Pilihan untuk memberi alasan
  • Komunikasi dua hala antara komputer dengan manusia

No comments:

Post a Comment