Monday, May 27, 2013

Isu dan kegunaan Produk

Isu dan kegunaan Produk

Etika Penggunaan Komputer




Pengenalan

Etika berasal daripada perkataan Greek “ethos” yang bermaksud perwatakan peribadi. Etika ialah tingkahlaku dan kelakuan moral yang dijangka diikuti oleh manusia. Etika merujuk kepada prinsip-prinsip benar atau salah yang boleh digunakan oleh individu dalam membuat pilihan bagi membimbing gelagat mereka. Apabila berhadapan dengan pilihan, individu perlu memikirkan tindakan-tindakan yang boleh diambil dan membuat pilihan tindakan moral yang betul.

Teknologi maklumat dan sistem-sistem maklumat membangkitkan persoalan-persoalan etika baru untuk individu dan masyarakat kerana kedua-duanya memberi peluang-peluang perubahan sosial yang pesat dan ini mengancam pengagihan kuasa, wang, hak-hak dan tanggungjawab sedia ada. Ini adalah kerana seperti teknologi lain iaitu teknologi elektrik, telefon dan radio, teknologi maklumat boleh digunakan untuk melakukan jenayah dan mengancam nilai-nilai sosial yang telah ada.



Tindakan tidak beretika dalam dunia teknologi maklumat melibatkan hak cipta, harta intelek dan fenomena cetak rompak perisian komputer yang berleluasa. Matlamatnya adalah penjual mengharapkan keutungan lumayan tanpa kos pelaburan besar manakala pengguna hanya mahu mendapatkan produk yang murah tanpa mempertimbangkan aspek kualiti dan kesan negatif dalam jangka panjang.

Masalah ini menjadi semakin serius dengan adanya kemudahan Internet yang memberi laluan kepada perdagangan elektronik (e-dagang). Perkembangan-perkembangan ini secara tidak langsung menghadkan pertumbuhan pembangunan perisian dan harta intelek.

No comments:

Post a Comment