Monday, May 27, 2013

Penggunaan dan sumbangan multimedia dalam kehidupan


Multimedia mempunyai peranan dalam mempengaruhi cara kehidupan seharian kita. Misalnya kalau dahulu kita perlu ke pondok telefon atau balik ke rumah hanya untuk menghubungi seseorang tetapi kini tidak perlu lagi kerana pengunaan henset telah banyak membantu kita. Di mana-mana sahaja selagi ada talian kita boleh menghubungi sesiapa juga yang ingin kita hubungi.
 

Ditambah lagi dengan adakan khidmat ipod seperti Wechat,WhatsApp,FB messenger,sms,mms menjadikan perhubungan itu menjadi lebih cepat, tepat dan jelas .

                            
Ia membuktikan penggunaan aplikasi multimedia itu telah memudahkan urusan seharian kita. Sumber televisyen juga banyak membantu dalam mendapatkan maklumat yang terkini dengan adanya bantuan ASTRO. Banyak kategori informasi yang boleh kita dapati dari ASTRO seperti berita terkini, pendidikan, sukan, hiburan dan sebagainya.
Aplikasi Video dan kamera dalam henset juga adalah kemudahan untuk merekod atau merakam peristiwa-peristiwa yang penting dan bersejarah tanpa menggunakan peralatan kamera lagi. Tidak terkecuali untuk kegunaan peribadi, merakam detik-detik manis bersama keluarga atau sahabat handai pada bila-bila masa sahaja. Ia juga membantu menceriakan hidup kita dan kerana itu kita merakam atau merekod peristiwa tersebut.
                   

No comments:

Post a Comment